Wednesday, January 31, 2007

PPL VISIT FOR CHECKING FORTFOLIO

view dr hot kitchen... pada 1 hari sebelum ppl nak datang!!!
semua sibuk dgn aktiviti masing2
wahhhh.sibukkkkkkkkknyerrrrr ?!?!?!?!?!?!
wah yg nie pula org dok sibuk2 kat kitchen dia org dok lepak laks...
heheheh berehat yer???? aper kes?????
dari kiri:safiza,firdaus,syazuan and zaim
ha.. yg nie pula tgh dok pening kepala nak mengemas...tapi tetap bergaya jer!
dari kiri: chef zaini,nazri and bob
gmbr nie masih lg di dlm hot kitchen...
mereka semua sibuk membuat kijer2 mise-en-place...
dari kiri :salwani,jansher hayat,azlin,baiz dan norsyaidah





wah senyum nampak? buat kijer jng dok berborak2 jer tau???
kije tak siap nati...kena marah ngan chef zaini baru tau... yg penting mesti kena ingat "cossstt @cost2"heheheh
dari kiri:syafiq,ayu,asrul,azlin,bob,syazuan and azhar

nie bahagian kitchen pulak ... dok buat aper tu????
dari kiri: shahrul,azhar,shahril,hafizi,harmonie and anuar

gmbar di sebelah kiri nie dekat dlm pastry...
mereka sibuk membuat item' masing2.
dari kiri: zul,faiz,bob,ain,nazri and atiqah


ini gmbr student's aku batch 01-06 & 02-06.mereka berkumpul di college utk mbuat persiapan terakhir bg tahap 1 dan 2.

bermula 29/01/07 hgga 31/01/07 mereka buat persediaan, dan hari yg di tggu2 oleh semua student's and all staff adalah pada tanggal 1/2/07 adalah hari yg pling bsejarah buat kami semua... harap2 semuanya berjalan dgn lancar...insyaallah

dari kiri: hafisya,zul,azimah,kimi,faiz,mas,ain,linda dan anwar

Tuesday, January 30, 2007

open booth at giant 18 jan 2006

wah pertunjukkanlah pulak... dari kiri: chef zaini,izwa,salnita and bob

ha yg nie laks dok jadi model ker??????
haloo... jangan dok mengorat pulak!!! yer syazuan.







wah tekunnyer student aku buat demo...baguslah macam tu... nielah bru ader gaya seorg chef... wah jangan kembang pulak yer... bila kena puji lebih2...




dengan tekun student2 aku mendengar aper yg di sampaikan oleh chef maria...marah jng tak marah heheheh
jangan takut lah syuk...dah berdiri macam patung pulak???hehehe

ini dari sudut yg berbeza... ramai juga student dtg membantu...dari pagi sampai ke malam... tq

college aku, imperia academy of tourism telah buat open booth utk kali ke dua di giant kuantan. utk pengambilan student baru batch 01-07 2007... tak sangka dah bacth ke 3 dah aku dok mengajar.
aku harap semua student2 aku akan menjadi seorang chef yg berjaya di masa akan datang...
walaupun nati mereka pasti akan melupakan aku...sedih nyer!
tapi ini lah pengorbanan seorang guru... tul tak???

Gambar student aku batch 02-06

ok yang nie pula student's girl's batch 02-06 2006
dari belakang ke kiri: murni,salnita,dayah,izwa,hidayah,azlin,wani,safiza and ayu
dari depan ke kiri: syaidah,norliah,azimah,amira,shaida,saliza and hafisha
ok skrg nie dah nak masuk bhg student's boys aku...
batch 02-06 2006...

dari belakang ke kiri: asrul,sidik,shahrul,shahril,firdaus
dari depan ke kiri: azhar,syafiq,anuar,daniel,kimi,syukri and syazuan

#we all hope you all can be a best of the best chef




nie gmbar chef e-inn and chef maria...
my best friend... maser study,kijer hotel and mengajar... bersamer jer
hobi tak samer...menda tak suker pun tak samer,warna jer samer...biru...heheheh klu aper2 pun pasti warna biru... tul tak maria????

Monday, January 29, 2007

gmbr2 di hari berbahagia

nie laks dessert utk raja sehari...

choc brownies.....sedap mata memandang sedap lg org yg dah merasakan ia....yammmmmm.so now telan air liur jerlah ok!






gmbr student's aku...

ok yg nie laks chef maria (yg pgg payung tu) cantik jugak bila berbaju kurung...ayu jer.. nie akak ker yg nak kahwin atau dia nie?? halooooo
dr kiri:makcik,mak andak,kak mas and chef maria
super model wedding cakelah pulak nie...oklah tu janji cake aku nampak...hehehehe ok aper!
cake ini aku buat setinggi 7 tingkat...cantik tak?
dr kiri: salnita and saliza

ha.... yg nie pulak 2 org kuat dapur... hehehe masak aper tu??? mereka bkn saje setakat pegang tudung periuk jer...tp kesemuanyer juga habis dikerjakan...tq you all.
dr kiri: shahril and bob (azhar)

nie pula gmbar student's aku... yg boleh dikatakan banyak membantu kami...dr segala kerja .tq you all !!! terutama sekali org2 kuat imperia college...(chef,mr.dinz,chef maria(adik kak mas),chef e-inn and chef zaini) and all student's kami... thank you so much.

dr kiri:izwa,dayah,azimah,salnita,saliza,murni

makan2

ini laks sebahagian dari item's dari kami...

lauk pauk buat raja sehari...

Sunday, January 28, 2007


the first touch...

kek coklat kukus

(Satu Adunan, 2 kek)

Kek Cokelat ni sangat moist dan senang buat. Muai pulak tu, satu adunan, boleh dapat 2 biji kek. Ikut cara, step by step.

1.
Masakkan dulu :

2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula pasir
1 cawan susu manis (i used MilkMaid)
1 tin susu cair (evaporated milk, i used Nestle's Ideal)
Cara :
Masukkan semua bahan di atas dalam periuk, letak atas api. Jangan mendidih, sekadar semua bercampur dan gula hancur. Sejukkan.

2.
Panaskan kukusan. Masukkan air 3/4 kukusan dan panaskan kukusan. Sediakan tin kek. Sediakan 2 tin sebab adunan ni muai. Alas bawah tin dengan aluminium foil dan sapu dengan mentega. Tepi tin pun sapu jugak. Guna tin yang at least 7"X7". Isikan separuh tin sahaja adunan tu nanti sebab ianya akan naik sekali ganda.

3.
Ayakkan :

2 1/2 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
2 tsp soda bicarbonate
Cara :
Campurkan semua bahan di atas dan ayak 3 kali.

4.
Pukulkan :

7 biji telur saiz B
Cara :
Pukul hingga betul-betul naik dan kembang

5. Pastikan air dalam kukusan sudah mendidih. Kecilkan api.

6. Masukkan campuran tepung (no.3) kedalam adunan no. 1 yang dah suam. Kacau, satu arah sahaja sehingga semuanya bergaul rata. (Kalau kacau kekanan, make sure ke kanan sahaja, jangan men tibai kacau ikut suka)

7. Masukkan adunan telur (no.4). Pun kacau ikut arah yang sama hingga adunan bergaul rata.

8. Masukkan adunan dalam tin kek, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 1/2 jam atau sehingga masak. Kecilkan api kukusan tuh yer. Kalau api kuat, karang kek anda mendak kat tengah pulak.

SELAMAT MENCUBA.

Nota :
Anda boleh letakkan topping bila kek dah sejuk. Resepi topping, cari sahaja dari links saya yang berlambak tu. Untuk topping dalam gambar tu, saya guna topping yang anak-anak suka. Begini caranya,
Mentega (dalam 1 bar), keluarkan dari fridge dan biarkan sehingga lembut. Mentega sejuk dan beku, takleh tau. Biar dia sehingga pada suhu bilik.
Susu pekat manis (ikut suka, banyak mana nak letak, nak manis -letak banyak, tak nak manis, letak sikit)
Milo (pun letaklah ikut suka gak)

Cara :
Pukul mentega hingga putih, masukkan susu manis dan milo. Dah bergaul rata semuanya, bolehlah digunakan. Kalau nak lapiskan di kek, potong dua kek tu, letakkan adunan ni dan sandwichkan kek. Lebihannya, buat hiasan atas kek.