Tuesday, January 30, 2007

Gambar student aku batch 02-06

ok yang nie pula student's girl's batch 02-06 2006
dari belakang ke kiri: murni,salnita,dayah,izwa,hidayah,azlin,wani,safiza and ayu
dari depan ke kiri: syaidah,norliah,azimah,amira,shaida,saliza and hafisha
ok skrg nie dah nak masuk bhg student's boys aku...
batch 02-06 2006...

dari belakang ke kiri: asrul,sidik,shahrul,shahril,firdaus
dari depan ke kiri: azhar,syafiq,anuar,daniel,kimi,syukri and syazuan

#we all hope you all can be a best of the best chef




nie gmbar chef e-inn and chef maria...
my best friend... maser study,kijer hotel and mengajar... bersamer jer
hobi tak samer...menda tak suker pun tak samer,warna jer samer...biru...heheheh klu aper2 pun pasti warna biru... tul tak maria????

Monday, January 29, 2007

gmbr2 di hari berbahagia

nie laks dessert utk raja sehari...

choc brownies.....sedap mata memandang sedap lg org yg dah merasakan ia....yammmmmm.so now telan air liur jerlah ok!






gmbr student's aku...

ok yg nie laks chef maria (yg pgg payung tu) cantik jugak bila berbaju kurung...ayu jer.. nie akak ker yg nak kahwin atau dia nie?? halooooo
dr kiri:makcik,mak andak,kak mas and chef maria
super model wedding cakelah pulak nie...oklah tu janji cake aku nampak...hehehehe ok aper!
cake ini aku buat setinggi 7 tingkat...cantik tak?
dr kiri: salnita and saliza

ha.... yg nie pulak 2 org kuat dapur... hehehe masak aper tu??? mereka bkn saje setakat pegang tudung periuk jer...tp kesemuanyer juga habis dikerjakan...tq you all.
dr kiri: shahril and bob (azhar)

nie pula gmbar student's aku... yg boleh dikatakan banyak membantu kami...dr segala kerja .tq you all !!! terutama sekali org2 kuat imperia college...(chef,mr.dinz,chef maria(adik kak mas),chef e-inn and chef zaini) and all student's kami... thank you so much.

dr kiri:izwa,dayah,azimah,salnita,saliza,murni

makan2

ini laks sebahagian dari item's dari kami...

lauk pauk buat raja sehari...

Sunday, January 28, 2007


the first touch...

kek coklat kukus

(Satu Adunan, 2 kek)

Kek Cokelat ni sangat moist dan senang buat. Muai pulak tu, satu adunan, boleh dapat 2 biji kek. Ikut cara, step by step.

1.
Masakkan dulu :

2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula pasir
1 cawan susu manis (i used MilkMaid)
1 tin susu cair (evaporated milk, i used Nestle's Ideal)
Cara :
Masukkan semua bahan di atas dalam periuk, letak atas api. Jangan mendidih, sekadar semua bercampur dan gula hancur. Sejukkan.

2.
Panaskan kukusan. Masukkan air 3/4 kukusan dan panaskan kukusan. Sediakan tin kek. Sediakan 2 tin sebab adunan ni muai. Alas bawah tin dengan aluminium foil dan sapu dengan mentega. Tepi tin pun sapu jugak. Guna tin yang at least 7"X7". Isikan separuh tin sahaja adunan tu nanti sebab ianya akan naik sekali ganda.

3.
Ayakkan :

2 1/2 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
2 tsp soda bicarbonate
Cara :
Campurkan semua bahan di atas dan ayak 3 kali.

4.
Pukulkan :

7 biji telur saiz B
Cara :
Pukul hingga betul-betul naik dan kembang

5. Pastikan air dalam kukusan sudah mendidih. Kecilkan api.

6. Masukkan campuran tepung (no.3) kedalam adunan no. 1 yang dah suam. Kacau, satu arah sahaja sehingga semuanya bergaul rata. (Kalau kacau kekanan, make sure ke kanan sahaja, jangan men tibai kacau ikut suka)

7. Masukkan adunan telur (no.4). Pun kacau ikut arah yang sama hingga adunan bergaul rata.

8. Masukkan adunan dalam tin kek, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 1/2 jam atau sehingga masak. Kecilkan api kukusan tuh yer. Kalau api kuat, karang kek anda mendak kat tengah pulak.

SELAMAT MENCUBA.

Nota :
Anda boleh letakkan topping bila kek dah sejuk. Resepi topping, cari sahaja dari links saya yang berlambak tu. Untuk topping dalam gambar tu, saya guna topping yang anak-anak suka. Begini caranya,
Mentega (dalam 1 bar), keluarkan dari fridge dan biarkan sehingga lembut. Mentega sejuk dan beku, takleh tau. Biar dia sehingga pada suhu bilik.
Susu pekat manis (ikut suka, banyak mana nak letak, nak manis -letak banyak, tak nak manis, letak sikit)
Milo (pun letaklah ikut suka gak)

Cara :
Pukul mentega hingga putih, masukkan susu manis dan milo. Dah bergaul rata semuanya, bolehlah digunakan. Kalau nak lapiskan di kek, potong dua kek tu, letakkan adunan ni dan sandwichkan kek. Lebihannya, buat hiasan atas kek.